As posted here. Thank you.
For today's part of my Property series, I am going to attempt to blog in Bahasa Malaysia. And for this part - I shall talk about property financing.
Pada pandangan saya, pembelian rumah merupakan suatu pelaburan yang paling berharga. Untuk melabur dalam industri hartanah, anda memerlukan pelbagai pertimbangan serta perancangan kewangan yang teliti sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah tersebut. Jenis dan nilai rumah yang dipilih haruslah tertakluk kepada penilaian kemampuan pendapatan anda.
Seriously, that was pretty tough for me. I haven't wrote in Malay for like 11 years now!
Ramai diantara penduduk Malaysia yang mendapatkan pinjaman perumahan (mortgage) daripada pelbagai bank-bank yang menawarkan pakej pinjaman yang berbeza-beza. Sebagai seorang pembeli/pengguna, anda haruslah membuat pelbagai perbandingan dari segi kadar faedah, tempoh pembayaran, ciri-ciri pinjaman, yuran pinjaman serta kualiti servis bank-bank ini.
Al Rajhi Bank - bank yang menawarkan pembankan Islam.
Adanya di antara bank-bank tersebut yang menawarkan pembiayaan dan pinjaman perumahan yang berjenis lain daripada pembankan yang biasa - contohnya, pembiayaan perumahan-i. Pembiayaan perumahan-i, ataupun pembiayaan perumahan Islam adalah kemudahan pembiayaan pembiayaan yang berdasarkan undang-undang Syariah bagi pembelian semua jenis harta kediaman seperti rumah, apartment, ataupun rumah pangsa.
Satu-satu faedah (benefits; not interest) yang paling baik yang diperolehi melalui pembiayaan perumahan-i adalah margin pembiayaan - margin pembiayaan daripada institusi perbankan Islam seperti Al Rajhi Bank, Kuwait Finance House ataupun Bank Islam boleh mencecah sehingga 95% daripada nilai rumah anda.
How does Islamic home loan financing work? Oops.... I mean...
Bagaimanakah pembiayaan perumahan-i berfungsi?
Saya telah melukis - actually, it is really more of menge-sketch-kan satu pergambaran bagaimana ini pembiayaan perumahan-i berfungsi. Ikutlah langkah-langkah berikutnya.
Langkah 1
Kenalpastikan rumah ataupun hartanah yang anda inginkan.
Langkah 2
Bayaran downpayment dijelaskan, dan perjanjian SPA ataupun Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
Langkah 3
Seterusnya, permohonan pembiayaan didapatkan dan institusi bank Islam yang berkenaan akan menilai permohonan anda, seperti mana-mana lain bank akan buat.
Langkah 4
Sebaik sahaja permohonan anda diluluskan, institusi perbankan Islam ini akan membeli rumah daripada anda melalui Perjanjian Beli Rumah/Jual Beli ataupun SPA.
Langkah 5
Institusi perbankan Islam ini akan membayar harga belian kepada penjual ataupun pemaju perumahan.
Langkah 6
Institusi perbankan Islam ini akan menjual balik rumah ini kepada anda dimana anda akan membayar ansuran bulanan kepada bank tersebut.
Pendek kata - cara pembiayaan perumahan-i ataupun Islam ini adalah seperti anda sedang menyewa rumah tersebut daripada bank. Selepas perjanjian diselesaikan, rumah itu dipindahmilik ke atas nama anda.
Seriously, that was really tough. Thank you for your time. Do correct my language if I am wrong.
0 comments:
Post a Comment