26 November 2015

Untung Sebelum Cukai Crest Builder Bagi Suku Ketiga 2015 Naik Kepada RM20.33 Juta.

Artist impression of Residensi Hijauan, soon to be launched.

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) - Untung sebelum cukai Crest Builder Holdings Bhd bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2015 naik kepada RM20.33 juta daripada RM9.63 juta pada suku yang sama tahun lepas. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, syarikat itu berkata perolehan naik kepada RM95.03 juta berbanding RM48.30 juta sebelumnya. "Keuntungan sebelum cukai dan perolehan lebih tinggi terutamanya disebabkan oleh selesainya projek pangsapuri perkhidmatan Alam Sanjung pada akhir suku semasa dalam kajian," katanya.

Source

0 comments:

Post a Comment